seperjuangan

Friday, February 18, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA KERANJANG


17022011 (Khamis) berlangsungnya perlawanan persahabatan antara PPD dan Slashers. Terlebih dahulu kami dari pihak PPD mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Team Slashers kerana sudi menjadi pihak lawan kami. Perlawanan kedua - dua pasukan ini diadakan di Sikamat, Seremban. Pasukan PPD telah menewaskan Team Slashers dengan 33 - 26. Ini telah menunjukkan bahawa pasukan PPD telah matang dalam permainan. Bagaimanapun kedua - dua pasukan telah menampilkan aksi persembahan yang baik. Perlawanan persahabatan ini telah membuatkan pasukan PPD menjadikan ia sebagai pengalaman dan dapat memperbaiki apa yang kurang dalam permainan supaya lebih baik dan terbaik. Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dalam pengurusan perlawanan ini.







DKES1 KE JERAM TOI


Pada 15022011 ( selasa ) kelas DKES1 telah merancang untuk pergi ke Jeram Toi. Kami tetap gembira walaupun tidak kesemua pelajar kelas kami yang pergi. Kepala yang kusut dengan tugasan menimbun dirumah dapat kami lupakan sejenak dengan kegembiraan bersama rakan disini. Mungkin saya tidak perlu menceritakan lebih detail kerana wajah mereka sudah menceritakan segalanya.


















image loading...

Tuesday, February 1, 2011

COKELAT KAMI CANTEK

salam... kepada semua pembaca - pembaca blog... dalam entri saya hari ini berkenaan tentang coklat hasil dari kami... yang diajar oleh Pn. Mirdaa selaku Pensyarah Akademik kami di Politeknik.. Kami berempat iaitu Akip, Abg Afham, Saiful dan juga saya...turut serta dalam pembelajaran membuat coklat yang dianjurkan oleh Pn. Mirdaa.. pembelajaran kami bertempat dikediaman kami ditaman Politeknik sahaja.. Kami berempat diajar dalam masa 4 jam.. didalam masa yang singkat tersebut kami semua dapat belajar pelbagai teknik, skill dan cara untuk menghasilkan coklat yang lazat dan sodap hampir molotop.. termasuk juga belajar cara untuk packing coklat... belajar membuat coklat ini nak kata susah tak juga tetapi sedikit rumitlah.. apa - apa pun kami sudah ada kemahiran membuat coklat.. dan disini kami berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Pn. Mirdaa kerana sudi mengajar kami..