seperjuangan

Monday, September 26, 2011

johor darul takzim



Assalamualaikum semua. Entri hari ini tentang perjalanan kami yang agak jauh dan memenatkan. tanggal 24 sehingga 25/09/2011. Kami seramai 6 orang dari Negeri Sembilan pergi ke Negeri Johor.

Destinasi kami yang pertama iaitu Gelang Patah (Rumah Ridhwan), Selepas selesai beraya disana kami menuju ke Bandar Baru Uda (Rumah Faris) keluarganya mengadakan majlis rumah terbuka, selepas kenyang di BBU kami terus ke Batu Pahat (Rumah Madi) disana kami merehatkan diri yang letih sepanjang hari beraya.

Keesokan harinya selepas solat zohor kami semua bertolak ke Kluang. Ini adalah destinasi kami yang terakhir sebelum kami semua pulang ke Negeri Sembilan. Kluang adalah rumah Herwan.

p/s : Jasa kawan-kawan dihargai dan disanjung tinggi.

Thursday, September 22, 2011

budak joho.



Salam semua, entri hari ni aku nak cakap terima kasih kepada budak joho kerana sudi datang ke Majlis Rumah Terbuka aku hari itu.


p/s : anda memang kawan yang superb .

Monday, September 19, 2011

mereka bertunang sudah.



Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Letih masih tidak reda lagi kerana sehari suntuk mengemas rumah setelah selesainya majlis pertunangan. Biasalah badan ni dah letih kerana telah dikerah beberapa hari sebelum majlis ini berlangsung.

Tahniah kepada Cik Fazleen dan Shahrul Bahar.



p/s : Ya ALLAH Ya Tuhan Kami, Mereka memohon perlindunganMU dari gangguan iblis dan syaitan, dari perasaan benci dan syak wasangka, serta dari khianat dan hasad dengki manusia.. Mereka memohon pelihara dari MU Ya ALLAH, agar hubungan ini kekal bahagia hingga ke syurga.. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Wednesday, September 14, 2011

terbuka luas



assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger semua.. entri kali ini berkenaan tentang rumah terbuka ?


mungkin ada yang tidak tahu apa itu rumah terbuka ? rumah terbuka di Malaysia bermaksud sesuatu perayaan agama disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia.

konsep rumah terbuka dijalankan secara kecil-kecilan di mana tuan rumah menjemput rakan taulan datang ke rumah bagi menikmati juadah yang disediakan. Rakan dari kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain turut dijemput.


rumah terbuka ini di rumah kawan fareds iaitu fakaruddin (baju hitam) di taman pulai impian seremban. menu makanan menyelerakan iaitu nasi minyak dan laksa. disini kesempatan fareds ucapkan selamat hari raya kepada keluarga fakar !! :)





p/s : nak tapaw jerk rase.. heheheh :)

Saturday, September 10, 2011

raya II



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. hari ni fared bersama dua orang rakan lain pergi beraya di daerah jelebu.

setelah lama tidak jumpa kawan ( amirul shahli ) kerana masing - masing sedang menjalani latihan industri, dengan masa terluang ini kami mengambil kesempatan untuk beraya dirumahnya.




p/s : selamat hari raya amirul :)

Sunday, September 4, 2011

raya


Apa khabar semua blogger, korang macam mana beraya tahun ni ? Harap korang sume cukup jari dan segalanya.. Hahahha.. Fared harap korang semua dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Mahu kongsi sedikit tentang raya tahun nie, raya tahun ni kami memang terasa sangat tak semeriah tahun - tahun yang lepas, dan suasana beraya tu tak sama dan ketara sangat - sangat, mungkin juga disebabkan ramai kawan - kawan kami sudah berpindah jauh dan "lost contact" kan.. so raye tahun nie kami semua beraye buat macam biase jelah !!!



p/s : Mereka HEBAT dimata aku.