seperjuangan

Tuesday, December 13, 2011

Fizi + Syazana


Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera kepada semua bloggers . Majlis berlangsung di kediaman Syazana di Taman Tuanku Jaafar , Senawang . Negeri Sembilan .

Fizi + Syazana | TTJ | 10 December 2011

p/s : tidak kesempatan menghadiri majlis di kediaman Fizi kerana , Fared kurang sihat . hehe

Saturday, December 3, 2011

Semester Praktikal Sudah Berakhir


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua .

Tanggal 2 / 12 / 2011 , berakhirnya sesi praktikal fared di Azam Arah Maju Sales & Services , Taman Bandar Senawang . Pengalaman menjalani praktikal disitu merupakan satu pengalaman yang teramat bermakna dan berharga bagi diri fared sebelum menempuhi alam pekerjaan yang akan datang .

Selama 5 bulan ( 20 minggu ) fared menjalani praktikal , fared ditempatkan di bahagian juruteknik dan juga pentadbiran . Banyak yang fared belajar semasa ditempatkan kedua - dua bahagian ini . Bulan pertama sehingga bulan keempat fared ditempatkan dibahagian juruteknik , selebihnya fared ditukarkan ke bahagian pentadbiran .

Praktikal di Syarikat tersebut , fared bukan sahaja duduk dipejabat , fared juga diberi peluang untuk membuat kerja - kerja luar iaitu membantu juruteknik - juruteknik yang lain , tempat yang pernah fared lakukan praktikal bersama juruteknik , sekitar Negeri Sembilan , Johor , Kuantan dan Terengganu .

Semestinya , ini adalah satu pengalaman yang cukup bermakna kepada fared dimana dapat belajar bagaimana untuk bekerja secara berkumpulan , bersabar akan kehendak pelanggan dan sebagainya . Syukur kehadrat Illahi fared berjaya menamatkan sesi praktikal disitu .

Kesempatan ini fared ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengarah Syarikat , En. Abd Rahim Abd Hamid dan Pengurus Syarikat En. Nor Zamrai Hj Nordin kerana beliau menerima fared melakukan praktikal ditempat beliau , juga beliau banyak memberi nasihat dan sebagainya .

Tidak lupa jugak kepada En. Khairol Azri Muhammad Roslan selaku Supervisor fared selama fared praktikal disitu beliau banyak memberi tunjuk ajar ( dari A sehingga Z ) tidak jemu - jemu untuk memberi ilmu kepada fared , membantu , membimbing , nasihat dan sebagainya . Muhammad Hazwan selaku pembantu Juruteknik juga banyak memberi tunjuk ajar dan sebagainya .

Sekian disini saja entri fared .

p/s : pagi - pagi roti canai double ngan teh tarik , memang terangkat . hehe