Thanks a lot Ayie & Syafiq! Harap kalau ada masa terluang kita photoshoot lagi InsyaAllah :) Mator sakalangkong kanca semma'!
seperjuangan
Saturday, November 23, 2013
Friday, June 14, 2013
Majlis Berendoi, Akikah dan Cukur Jambul.
Ini merupakan majlis anak sulung Cik Fazleen dan Syahrul Bahar, pada 25 hari bulan 5, 2013.
P/S : Insya Allah, bulan oktober 2013, aku akan dapat anak buah yang ketiga. (Cik Feresa).
Saturday, March 23, 2013
Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson ke-22
Alhamdulillah, tamatlah sudah pengajian aku di Politeknik Port Dickson, Terima kasih kepada semua pensyarah Politeknik Port Dickson, terutama kepada pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan juga kepada pelajar DKE S1 batch Jan 2010 - Dis 2012.
P/S : Rindu susah senang bersama itu pasti. Harap kita akan bersua kembali. Insyallah :)
Saturday, February 23, 2013
3 hari 2 malam
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kemarin aku dan Epul menemani Madee, pulang ke kampung halamannya di Parit Raja, kerna disana keluarganya mengadakan kenduri Tahlil. Saat yang aku tidak boleh lupakan apabila mereka "Hantar Berkat" atau dikenali sebagai "Punjungan" dimana seseorang akan menghantar makanan kepada orang kampung, jiran-jiran dan saudara maranya, ini sering dilakukan oleh budaya jawa mungkin. Gembiranya disini dapat mempelajari dari segi makanannya, budayanya, bahasanya dan lain lain lagi. Hehhe. Macam macam ada. Hahha.
p/s : Majoriti orang Parit Raja adalah Jawa totok. Hehhe.
Thursday, January 24, 2013
Pulau Burung, Port Dickson
Ini memori ketika kami di semester akhir. Konvokesyen kami dua bulan lebih sahaja lagi. InsyAllah kami ketemu lagi. Sekian.
p/s : nak kasi tahu yang aku sekarang tengah makan mekdi. menunjuk tak? hahaha.
Monday, January 14, 2013
Masa pantas berlalu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. semalam baru kami sekeluarga pulang dari Johor Bharu. kerna menghantar barang kakak aku (kaklang) yang baru pindah rumah disana bersama suaminya. hari sebelumnya kami singgah di Parit Raja rumah (kaklong).
Keesokkan harinya kami singgah membeli-belah di Johor Premium Outlet (JPO), selepas itu kami singgah The Zon (Kompleks Bebas Cukai) disini kami membeli-belah cokelat-cokelat bagai. Kemudian kami singgah di Satay Pusaka Wak Radol untuk makan malam.
Kebetulan rumah baru kaklang ni berdekatan dengan rumah Akliff Rahim dan Faris Afif mereka adalah housemate aku masa belajar dulu. Lalu kami keluar berkaraoke dikawasan berdekatan dengan Danga Bay, dan selepas itu kami lepak di Restoran Zorro Stulang.
Keesokkan harinya sebelum kami bertolak pulang ke Seremban, kami singgah breakfast di Kedai Kacang Pool Pak Haji sebelah balai bomba Larkin dan selepas selesai semuanya kami sekeluarga mula perjalanan pulang.
Sekian,
Gambar diatas ni Darwisy umurnya 1 Tahun.
Gambar ini beliau umur 2 Tahun lebih.
P/S : Sambung bermain FIFA13.
Thursday, January 3, 2013
Pandang Langit Biru
Assalamualaikum semua.
Hari Farith nak kasi ucapan ringkas sempena menyambut tahun baru. Baiklah, dikesempatan ini Farith nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada keluarga, kawan-kawan, blogger-blogger semua dan kepada yang mengenali diri ini. Semoga tahun yang baru ini kita semua lebih jadi yang baik pada tahun-tahun yang lepas. Apa azam tahun lepas yang tidak tercapai, boleh kita capai pada tahun baru ni, Insyallah.
Layan lagu Aku Yang Tersakiti dari Judika. Lagu Madek yang penuh berhantu. SK.
Terima kasih.
p/s : masih lagi dengan mood budak habis belajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)