seperjuangan

Monday, January 14, 2013

Masa pantas berlalu.



Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. semalam baru kami sekeluarga pulang dari Johor Bharu. kerna menghantar barang kakak aku (kaklang) yang baru pindah rumah disana bersama suaminya. hari sebelumnya kami singgah di Parit Raja rumah (kaklong). 

Keesokkan harinya kami singgah membeli-belah di Johor Premium Outlet (JPO), selepas itu kami singgah The Zon (Kompleks Bebas Cukai) disini kami membeli-belah cokelat-cokelat bagai. Kemudian kami singgah di Satay Pusaka Wak Radol untuk makan malam. 

Kebetulan rumah baru kaklang ni berdekatan dengan rumah Akliff Rahim dan Faris Afif mereka adalah housemate aku masa belajar dulu. Lalu kami keluar berkaraoke dikawasan berdekatan dengan Danga Bay, dan selepas itu kami lepak di Restoran Zorro Stulang. 

Keesokkan harinya sebelum kami bertolak pulang ke Seremban, kami singgah breakfast di Kedai Kacang Pool Pak Haji sebelah balai bomba Larkin dan selepas selesai semuanya kami sekeluarga mula perjalanan pulang.

Sekian,


Gambar diatas ni Darwisy umurnya 1 Tahun.

Gambar ini beliau umur 2 Tahun lebih.


P/S : Sambung bermain FIFA13.





0 comments:

Post a Comment