seperjuangan

Sunday, October 30, 2011

Rumah Sewa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada anak buah Azraai Khor Abdullah kerana telah melakar sejarah memenangi Piala Malaysia 2011 dengan mencatat 2-1 ke atas Pasukan Terengganu . Pasukan Hobin Jang Hobin sememangnya layak bergelar Juara Piala Malaysia 2011 . Syabas Pasukan Negeri Sembilan .

berbalik kepada tajuk , semalam fared bersama kawan iaitu Abang Afham dan Saiful ke Taman Politeknik , PD . Kami ke sana untuk mencari rumah sewa untuk semester hadapan , sekarang tinggal beberapa minggu sahaja nak habis praktikal . Ke hulur ke hilir mencari rumah , dan syukur alhamdulillah dengan penat lelah satu hari itu , kami berjaya juga mendapat rumah sewa untuk semester hadapan . Terima kasih Izham kawan kami disana kerana menemani kami mencari rumah sewa .

p/s : tipu , kalau aku tak rindu housemate aku .

Sunday, October 23, 2011

Piala Malaysia 2011



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger semua .

Perlawanan separuh akhir kedua sudah pun berakhir . Negeri Sembilan telahpun menewaskan pasukan T-Team dengan jaringan 2-1 (agregat 6-3) manakala pasukan Terengganu juga mengikut langkah Negeri Sembilan dengan menewaskan pasukan Selangor 2-1 (agregat 4-1) .

Dengan keputusan ini , Skuad Hoben Jang Hoben dan Terengganu telah melayakkan diri ke pusingan akhir , ini adalah pertemuan pertama bagi kedua-dua pasukan di peringkat akhir dan Stadium Shah Alam menjadi saksi siapakah yang memiliki Piala Malaysia 2011 .

Kesempatan ini fared mahu ucapkan tahniah kepada Azraai Khor dan anak buahnya (Skuad Negeri Sembilan ) .


p/s : melaungkan "Hoben Jang Hoben" sampai sakit tekak .

Friday, October 21, 2011

jiran punya kucing


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua , fared gembira kerana kerja di MRSM Serting sudah pun selesai dan kerja yang terbaru sekarang di Bukit Tinggi (ILPKT) dan Klinik Kesihatan Labis, Johor . Okaylah , hari ni saja nak kongsi gambar kucing jiran yang tersesat masuk ke rumah aku .

p/s : Anda suka kucing ?


Sunday, October 16, 2011

aku pada kawan sudah cukup baik ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger disini . hari ni fared lain macam sikit . tetiba nak pulak buat entri macam ni , nak buang tabiat mungkin . Hahaha .

Kita mahu buat baik dengan orang memang susah sekali . tapi mahu buat jahat memang banyak , mungkin sebab itu kalau nak buat baik buat cepat-cepat , tidak perlu nak fikir banyak-banyak kali . Hahaha .

Cuba memahami sifat kawan kita !! pekara yang sukar , kita hanya mampu menerima dia seadanya dan kita langsung tidak mampu mengubahnya . tetapi sekiranya perlu untuk mengubah sifatnya , kita bantu setakat mana yang boleh , kerana hanya dia sahaja dapat mengubah dirinya sendiri .

Cuba saling pecaya sesama sendiri !! kerana ia dapat mengukuhkan persahabatan . sekali kita tipu selamanya orang tidak akan percaya kepada kita . jika kita tidak percaya kepadanya , tidak perlulah kita meminta dia untuk mempercayai kita .

Cuba jangan sesekali "kritik kaw-kaw" sifat kawan , walaupun ia adalah pekara yang benar atau pun tidak benar !! demikian boleh menjejaskan persahabatan kelak , kita perlu cuba mengunakan cara lain seperti melalui jenaka dan sebagainya dan megelak dari menyinggung perasaannya .

Dia tu bajet , dia ni bajet !! kita mungkin tengok orang lain boleh masuk dengan dia , tapi kita tidak boleh masuk dengan dia . sebabnya kerana dia tidak sekepala dengan sifat kita .

Sampai disini saja entri merepek aku . kalau ayat tonggang langgang tu buat-buat faham jelah eh ??

p/s : anak buah sudah pandai berjalan . tak sabar melihat dia belari pula !! :)


Sunday, October 9, 2011

darwisy sudah setahun


Assalamualaikum semua . kesibukkan kerja menjadi - jadi pulak minggu ni , sampai aku kerja seminggu tanpa cuti . tapi aku bersyukur walaupun kerja tanpa cuti , kesihatan aku baik - baik saja . ini pun aku curi masa untuk mengarang blog . hahaha .

Entri hari ni aku nak ucapkan selamat hari jadi Nordarwisy Rahmani yang baru masuk setahun semalam meriah segalanya dan masakkan yang sedap - sedap belaka . Itu saja untuk entri hari ni . okay lah aku nak masuk tidur nak hilangkan letih seminggu ni . Hahahaha


p/s : jadi org yang soleh kelak . Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil .

Tuesday, October 4, 2011

bokeh




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. fared semalam lepak bersama rakan di Dataran Seremban , mereka lepak bukan dengan tangan kosong . apa mereka lakukan semasa lepak disitu adalah bermain RC (kereta control) disana . fared pula bermain dengan kamera sendiri . Hahaha .

bokeh ?

dari perkataan jepun . merujuk istilah dalam photography merujuk kepada kabur/blur pada gambar . Kabur ini adalah disebabkan oleh kawasan yang berada di luar titik fokus yang dihasilkan oleh lens .


p/s : cahaya penting dalam hidup manusia. #salah tolong tunjukkan. :)