seperjuangan

Tuesday, December 13, 2011

Fizi + Syazana


Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera kepada semua bloggers . Majlis berlangsung di kediaman Syazana di Taman Tuanku Jaafar , Senawang . Negeri Sembilan .

Fizi + Syazana | TTJ | 10 December 2011

p/s : tidak kesempatan menghadiri majlis di kediaman Fizi kerana , Fared kurang sihat . hehe

Saturday, December 3, 2011

Semester Praktikal Sudah Berakhir


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua .

Tanggal 2 / 12 / 2011 , berakhirnya sesi praktikal fared di Azam Arah Maju Sales & Services , Taman Bandar Senawang . Pengalaman menjalani praktikal disitu merupakan satu pengalaman yang teramat bermakna dan berharga bagi diri fared sebelum menempuhi alam pekerjaan yang akan datang .

Selama 5 bulan ( 20 minggu ) fared menjalani praktikal , fared ditempatkan di bahagian juruteknik dan juga pentadbiran . Banyak yang fared belajar semasa ditempatkan kedua - dua bahagian ini . Bulan pertama sehingga bulan keempat fared ditempatkan dibahagian juruteknik , selebihnya fared ditukarkan ke bahagian pentadbiran .

Praktikal di Syarikat tersebut , fared bukan sahaja duduk dipejabat , fared juga diberi peluang untuk membuat kerja - kerja luar iaitu membantu juruteknik - juruteknik yang lain , tempat yang pernah fared lakukan praktikal bersama juruteknik , sekitar Negeri Sembilan , Johor , Kuantan dan Terengganu .

Semestinya , ini adalah satu pengalaman yang cukup bermakna kepada fared dimana dapat belajar bagaimana untuk bekerja secara berkumpulan , bersabar akan kehendak pelanggan dan sebagainya . Syukur kehadrat Illahi fared berjaya menamatkan sesi praktikal disitu .

Kesempatan ini fared ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengarah Syarikat , En. Abd Rahim Abd Hamid dan Pengurus Syarikat En. Nor Zamrai Hj Nordin kerana beliau menerima fared melakukan praktikal ditempat beliau , juga beliau banyak memberi nasihat dan sebagainya .

Tidak lupa jugak kepada En. Khairol Azri Muhammad Roslan selaku Supervisor fared selama fared praktikal disitu beliau banyak memberi tunjuk ajar ( dari A sehingga Z ) tidak jemu - jemu untuk memberi ilmu kepada fared , membantu , membimbing , nasihat dan sebagainya . Muhammad Hazwan selaku pembantu Juruteknik juga banyak memberi tunjuk ajar dan sebagainya .

Sekian disini saja entri fared .

p/s : pagi - pagi roti canai double ngan teh tarik , memang terangkat . hehe

Monday, November 28, 2011

Photo Portrait Contest : JK Photography


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua .

Entri pendek hari ini , fared ingin memintak tolong kepada semua blogger readers yang mempunyai masa lapang , untuk meng"like" picture yang fared tandingkan ini . Pertandingan " Photo Portrait Contest " anjuran JK Photography di page Facebook .

p/s : jasa baik kamu semua saya hargai . :)


Tuesday, November 22, 2011

Bolasepak Sukan Sea 26 Indonesia : Emas Milik Malaysia.



credit picture : http://kakigol.com

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pelawat blog fared . Terlebih dahulu fared ingin memberi ucapan Tahniah !!! kepada Skuad bimbingan Ong Kim Swee , kerana telah meraih pingat emas bagi sukan bolasepak disukan sea .

Malaysia U23 (1) - (1) Indonesia U23 keputusan terikat sampai ke minit 90' , Perlawanan ini diadakan di Stadium Gelora Bung Karno , Jakarta .

Pasukan Malaysia telah dikejutkan dengan jaringan Pasukan Indonesia iaitu Gunawan berjersi 13 pada minit ke 5' selepas itu Pasukan Malaysia terus mengasak kubu pihak lawan dengan pelbagai cubaan , tetapi Pasukan Indonesia dapat patahkan cubaan tersebut .

Pada Minit ke 35' barulah Pasukan Malaysia berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dengan jaringan tanduk dari Asrarudin Putra , Pada masa tambahan berlangsung tanpa jaringan . Kemenangan ditentukan oleh penentuan sepakan penalti dan Pasukan Malaysia memenangi dengan jaringan Mahali , Fandi , Fadzli Sas dan Badrol Bakhtiar ( kapten ) . Keputusan Malaysia (5) - (4) Indonesia .



p/s : Harimau Malaya dapat Baham Si Garuda .

Wednesday, November 16, 2011

Negeri Sang Penyu


Assalamualaikum semua , penat dan letih cukup untuk diungkapkan hari ni .

Selama 3 hari fared bersama Supervisor melakukan kerja di Negeri Terengganu (Dungun dan Kuala Berang) dengan kerjasama MHMT Engineering Sdn Bhd .

Negeri Terengganu sememangnya negeri yang boleh fared katakan istimewa , kerana segala - galanya terdapat disini , keadaan tempatnya " alam semulajadi" dilaut malah didarat indah sekali , penduduk disana pula semuanya berbudi bahasa dan gigih bekerja memang cukup membuat fared kagumi . Serius , pengalaman melihat budaya orang sememangnya menarik .

p/s : Guane Gamok Orang Kite . Heee

Sunday, November 13, 2011

Selamat Berjaya Sahabat


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua .

Entri hari ini fared ingin memberi semangat kepada sahabat fared di Politeknik Port Dickson , Kerana dia akan menduduki peperiksaan akhir esok hari .

Mohd Izham Maslan , kami semua pelajar kelas DKES1 mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir yang bakal tiba , dan kami doakan agar kau dapat menjawap dengan semangat yang tinggi dan seterusnya beroleh kejayaan , semua kawan-kawan mendoakan kau berjaya dengan cemerlang .

“Sekali kau terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali”

p/s : kau boleh !! Cemerlang .

Monday, November 7, 2011

Raya Aidiladha 2011


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog fared . Fared disini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam diseluruh dunia , dan kita bersama - sama bersyukur kepadaNya kerana diberikan nikmat untuk merasai hari yang mulia ini .

Fared bersama keluarga menyambut perayaan ini di Kampung Jimah Bahru , Port Dickson .

p/s : nyamuk punya angkara , tangan kaki aku semua bengkak2 . hehehe

Sunday, October 30, 2011

Rumah Sewa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada anak buah Azraai Khor Abdullah kerana telah melakar sejarah memenangi Piala Malaysia 2011 dengan mencatat 2-1 ke atas Pasukan Terengganu . Pasukan Hobin Jang Hobin sememangnya layak bergelar Juara Piala Malaysia 2011 . Syabas Pasukan Negeri Sembilan .

berbalik kepada tajuk , semalam fared bersama kawan iaitu Abang Afham dan Saiful ke Taman Politeknik , PD . Kami ke sana untuk mencari rumah sewa untuk semester hadapan , sekarang tinggal beberapa minggu sahaja nak habis praktikal . Ke hulur ke hilir mencari rumah , dan syukur alhamdulillah dengan penat lelah satu hari itu , kami berjaya juga mendapat rumah sewa untuk semester hadapan . Terima kasih Izham kawan kami disana kerana menemani kami mencari rumah sewa .

p/s : tipu , kalau aku tak rindu housemate aku .

Sunday, October 23, 2011

Piala Malaysia 2011



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger semua .

Perlawanan separuh akhir kedua sudah pun berakhir . Negeri Sembilan telahpun menewaskan pasukan T-Team dengan jaringan 2-1 (agregat 6-3) manakala pasukan Terengganu juga mengikut langkah Negeri Sembilan dengan menewaskan pasukan Selangor 2-1 (agregat 4-1) .

Dengan keputusan ini , Skuad Hoben Jang Hoben dan Terengganu telah melayakkan diri ke pusingan akhir , ini adalah pertemuan pertama bagi kedua-dua pasukan di peringkat akhir dan Stadium Shah Alam menjadi saksi siapakah yang memiliki Piala Malaysia 2011 .

Kesempatan ini fared mahu ucapkan tahniah kepada Azraai Khor dan anak buahnya (Skuad Negeri Sembilan ) .


p/s : melaungkan "Hoben Jang Hoben" sampai sakit tekak .

Friday, October 21, 2011

jiran punya kucing


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua , fared gembira kerana kerja di MRSM Serting sudah pun selesai dan kerja yang terbaru sekarang di Bukit Tinggi (ILPKT) dan Klinik Kesihatan Labis, Johor . Okaylah , hari ni saja nak kongsi gambar kucing jiran yang tersesat masuk ke rumah aku .

p/s : Anda suka kucing ?


Sunday, October 16, 2011

aku pada kawan sudah cukup baik ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger disini . hari ni fared lain macam sikit . tetiba nak pulak buat entri macam ni , nak buang tabiat mungkin . Hahaha .

Kita mahu buat baik dengan orang memang susah sekali . tapi mahu buat jahat memang banyak , mungkin sebab itu kalau nak buat baik buat cepat-cepat , tidak perlu nak fikir banyak-banyak kali . Hahaha .

Cuba memahami sifat kawan kita !! pekara yang sukar , kita hanya mampu menerima dia seadanya dan kita langsung tidak mampu mengubahnya . tetapi sekiranya perlu untuk mengubah sifatnya , kita bantu setakat mana yang boleh , kerana hanya dia sahaja dapat mengubah dirinya sendiri .

Cuba saling pecaya sesama sendiri !! kerana ia dapat mengukuhkan persahabatan . sekali kita tipu selamanya orang tidak akan percaya kepada kita . jika kita tidak percaya kepadanya , tidak perlulah kita meminta dia untuk mempercayai kita .

Cuba jangan sesekali "kritik kaw-kaw" sifat kawan , walaupun ia adalah pekara yang benar atau pun tidak benar !! demikian boleh menjejaskan persahabatan kelak , kita perlu cuba mengunakan cara lain seperti melalui jenaka dan sebagainya dan megelak dari menyinggung perasaannya .

Dia tu bajet , dia ni bajet !! kita mungkin tengok orang lain boleh masuk dengan dia , tapi kita tidak boleh masuk dengan dia . sebabnya kerana dia tidak sekepala dengan sifat kita .

Sampai disini saja entri merepek aku . kalau ayat tonggang langgang tu buat-buat faham jelah eh ??

p/s : anak buah sudah pandai berjalan . tak sabar melihat dia belari pula !! :)


Sunday, October 9, 2011

darwisy sudah setahun


Assalamualaikum semua . kesibukkan kerja menjadi - jadi pulak minggu ni , sampai aku kerja seminggu tanpa cuti . tapi aku bersyukur walaupun kerja tanpa cuti , kesihatan aku baik - baik saja . ini pun aku curi masa untuk mengarang blog . hahaha .

Entri hari ni aku nak ucapkan selamat hari jadi Nordarwisy Rahmani yang baru masuk setahun semalam meriah segalanya dan masakkan yang sedap - sedap belaka . Itu saja untuk entri hari ni . okay lah aku nak masuk tidur nak hilangkan letih seminggu ni . Hahahaha


p/s : jadi org yang soleh kelak . Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil .

Tuesday, October 4, 2011

bokeh




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. fared semalam lepak bersama rakan di Dataran Seremban , mereka lepak bukan dengan tangan kosong . apa mereka lakukan semasa lepak disitu adalah bermain RC (kereta control) disana . fared pula bermain dengan kamera sendiri . Hahaha .

bokeh ?

dari perkataan jepun . merujuk istilah dalam photography merujuk kepada kabur/blur pada gambar . Kabur ini adalah disebabkan oleh kawasan yang berada di luar titik fokus yang dihasilkan oleh lens .


p/s : cahaya penting dalam hidup manusia. #salah tolong tunjukkan. :)

Monday, September 26, 2011

johor darul takzim



Assalamualaikum semua. Entri hari ini tentang perjalanan kami yang agak jauh dan memenatkan. tanggal 24 sehingga 25/09/2011. Kami seramai 6 orang dari Negeri Sembilan pergi ke Negeri Johor.

Destinasi kami yang pertama iaitu Gelang Patah (Rumah Ridhwan), Selepas selesai beraya disana kami menuju ke Bandar Baru Uda (Rumah Faris) keluarganya mengadakan majlis rumah terbuka, selepas kenyang di BBU kami terus ke Batu Pahat (Rumah Madi) disana kami merehatkan diri yang letih sepanjang hari beraya.

Keesokan harinya selepas solat zohor kami semua bertolak ke Kluang. Ini adalah destinasi kami yang terakhir sebelum kami semua pulang ke Negeri Sembilan. Kluang adalah rumah Herwan.

p/s : Jasa kawan-kawan dihargai dan disanjung tinggi.

Thursday, September 22, 2011

budak joho.



Salam semua, entri hari ni aku nak cakap terima kasih kepada budak joho kerana sudi datang ke Majlis Rumah Terbuka aku hari itu.


p/s : anda memang kawan yang superb .

Monday, September 19, 2011

mereka bertunang sudah.



Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Letih masih tidak reda lagi kerana sehari suntuk mengemas rumah setelah selesainya majlis pertunangan. Biasalah badan ni dah letih kerana telah dikerah beberapa hari sebelum majlis ini berlangsung.

Tahniah kepada Cik Fazleen dan Shahrul Bahar.



p/s : Ya ALLAH Ya Tuhan Kami, Mereka memohon perlindunganMU dari gangguan iblis dan syaitan, dari perasaan benci dan syak wasangka, serta dari khianat dan hasad dengki manusia.. Mereka memohon pelihara dari MU Ya ALLAH, agar hubungan ini kekal bahagia hingga ke syurga.. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Wednesday, September 14, 2011

terbuka luas



assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger semua.. entri kali ini berkenaan tentang rumah terbuka ?


mungkin ada yang tidak tahu apa itu rumah terbuka ? rumah terbuka di Malaysia bermaksud sesuatu perayaan agama disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia.

konsep rumah terbuka dijalankan secara kecil-kecilan di mana tuan rumah menjemput rakan taulan datang ke rumah bagi menikmati juadah yang disediakan. Rakan dari kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain turut dijemput.


rumah terbuka ini di rumah kawan fareds iaitu fakaruddin (baju hitam) di taman pulai impian seremban. menu makanan menyelerakan iaitu nasi minyak dan laksa. disini kesempatan fareds ucapkan selamat hari raya kepada keluarga fakar !! :)





p/s : nak tapaw jerk rase.. heheheh :)

Saturday, September 10, 2011

raya II



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. hari ni fared bersama dua orang rakan lain pergi beraya di daerah jelebu.

setelah lama tidak jumpa kawan ( amirul shahli ) kerana masing - masing sedang menjalani latihan industri, dengan masa terluang ini kami mengambil kesempatan untuk beraya dirumahnya.




p/s : selamat hari raya amirul :)

Sunday, September 4, 2011

raya


Apa khabar semua blogger, korang macam mana beraya tahun ni ? Harap korang sume cukup jari dan segalanya.. Hahahha.. Fared harap korang semua dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Mahu kongsi sedikit tentang raya tahun nie, raya tahun ni kami memang terasa sangat tak semeriah tahun - tahun yang lepas, dan suasana beraya tu tak sama dan ketara sangat - sangat, mungkin juga disebabkan ramai kawan - kawan kami sudah berpindah jauh dan "lost contact" kan.. so raye tahun nie kami semua beraye buat macam biase jelah !!!



p/s : Mereka HEBAT dimata aku.

Wednesday, August 24, 2011

tamico bell training



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada blogger semua. bersyukur kepadanya fared sudah hampir masuk bulan ke 3 telah melakukan praktikal di Azam arah maju sales and services.

Tamicobell iaitu syarikat rakan peniagaan panasonic dan sistem penyepadu dalam telekomunikasi dan keselamatan. Mereka beroperasi di Glenmarie ( Head Quarter ), Puchong, Melaka, Shah Alam , Petaling Jaya dan mereka juga mempunyai syarikat diluar negara iaitu di Loas dan Combadia.

Kami dijemput hadir dalam latihan anjuran syarikat tersebut untuk diperkenalkan produk panasonic keluaran baru iaitu TDA 100D. Selepas tamat menjalani latihan tersebut, syarikat tamicobell juga menyediakan jamuan berbuka puasa bersama kakitangannya.






p/s : selalu mencari ilmu untuk kehidupan kita.


Sunday, August 14, 2011

aku dan lorong gelap.


Salam semua.. Entri hari ini tentang tembak gambar di lorong kawasan bandar seremban. Turut bersama nazrinzaidi, fakaruddin dan adik shapiq drogba.

Kami dilorong tersebut hanya seketika saja kerana terdapat beberapa pekara yang tidak menyedapkan hati kami. bukan kerana paranormal dan sebagainya. tetapi terdapat gengster jalanan yang membuatkan kami tidak senang duduk untuk melakukan aktiviti malam kami semalam.

Ini sahaja gambar yang sempat saya lakukan. apa-apa pun semangat kami tidak pudar. kami akan kesana lagi pada masa akan datang.




p/s : aku kena banyak study lagi pasal bende nieh..

Saturday, August 6, 2011

secret recipe


Salam semua.. entry hari ini adalah makan malam bersama kakitangan Zamrai Sales and Services. sekarang sudah hampir sebulan lebih fared menjalani praktikal di syarikat tersebut. Secara jujur fared mengatakan sepanjang praktikal disana sememangnya menyeronokan.

Berbalik kepada topik entri hari ini, Makan malam ini adalah sempena untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu ramadhan dan juga memberi penghargaan kepada staff yang banyak berjasa kepada syarikat tersebut.

Sekian saja entri pendek fareds pada malam ini..






p/s : terima kasih tidak terhingga kepada semua staff Azam/Zamrai-arah maju services and sales.