seperjuangan

Thursday, June 30, 2011

selamat hari jadi kawan.


apa kabar sume.. terasa lama pulak tak update blog.. hehehe.. hari ni terdetik dihati untuk menulis satu entri yang ditujukan khas kepada sahabat sekelas fared.. entri ni juga memberi peluang kepada fared untuk mengucapkan selamat hari jadi kepadanya..

oklah, pertama sekali.. fared nak ucapkan selamat hari jadi kepada muhammad akliff b. abd rahim yang telah menambahkan usianya pada hari ini iaitu 30 jun 2011.. dah besar kau akliff.. hahaha.. fared doakan akliff dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan semoga persahabatan kita semua kekal sehingga akhir hayat..

sempena hari jadi kau ni akliff.. aku minta maaflah.. aku tak dapat nak kasi hadiah.. aku harap dengan entri ni.. sebagai simbol hadiah dari aku kepada kau.. hanya ni saja yang aku mampu sekarang.. haaaahhahah!!!!!!

baiklah, sebelum fared terlupa.. fared juga mahu mengucapkan selamat hari jadi kepada rakan sekelas fared iaitu amirul shahli dan juga kepada pensyarah akademik fared iaitu puan mirdaa maznor.. tarikh hari jadi mereka sama..

baiklah.. tak ada apa lagi fared nak cakap dah.. fared sekian sampai disini je..


p/s : lambat lagi birthday aku.... huhuhuhuhu!!!


Friday, June 24, 2011

tahniah kepada skuad malaysia B-23



hye semua.. entry hari ini.. fared cuma nak ucapkan tahniah kepada permain Malaysia bawah 23 tahun.. kerana mereka telah berjaya menewaskan Lubnan malam semalam dengan keputusan 2-1..

ini telah membuatkan team Malaysia dapat masuk ke pusingan ke-3 kelayakan olimpik London 2012.. dan membanggakan kita lagi Malaysia adalah pasukan satu-satunya asia tenggara yang layak masuk ke pusingan ini..

antara pasukan yang layak memasuki pusingan ke-3 ni.. Australia, Korea Selatan, Jepun, Arab Saudi, Iraq, Uzbekistan, Qatar, Syria, Oman, Bahrain, dan Emeriah Arab Bersatu (UAE).

walaupun pasukan yang kita akan hadapi nanti yang "terror-terror".. fared begitu yakin pasukan Malaysia pasti boleh.. pape pun.. tahniah buat kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee.


p/s : sehingga titisan darah terakhir..

Saturday, June 18, 2011

fared bersama izam E.Y.E


hye.. apa kabar sume.. aku harap korang sume sihat.. sementara aku nak tunggu waktu makan malam.. aku nak cerita sikit pasal entri hari ini.. baru pagi tadi adalah hari reception kakak aku Cik Feresa dan Shahir.. yang berlangsung di Dewan MPAJ, Lembah Keramat.. apa-apa pun aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka..

Alhamdulillah, Majlis mereka berjalan dengan lancar.. dan jugak hari ini sangat bertuah.. kerana dapat berjumpa vokalis kumpulan E.Y.E di majlis mereka.. dapat jugak dengar suara abg izam secara live.. dari dulu sampai sekarang suara dia tetap maintain.. heeeeeeee..





p/s : kumpulan E.Y.E kekal dihati peminat..

Thursday, June 16, 2011

fared dan kawan serang jelebu.


hey.. ape kabar.. dan selamat pagi? terasa bosan pulak.. tak tahu nak buat ape.. sekarang aku mengadap laptop jerk.. sambil tengah tunggu hari untuk menjalani praktikal.. bulan depan.. hahaha..

baiklah sebelum aku merepek.. biar aku cerita sikitla tentang gambar ni.. gambar ni dah lama.. tapi saja nak ungkit balik.. haaaaah.. okla, masa ni kami semua mahu pergi mandi manda di jeram toi.. aktiviti ni dibuatkan bagi sedikit kenangan untuk sem 3.. kerana sem depan masing-masing akan menjalani praktikal selama 6 bulan.. jadi 6 bulan tidak dapat jumpa mereka semua..

aktiviti yg kami jalankan bersama - sama.. berjalan dengan baik.. dan alhamdulillah.. walaupun satu hari aktiviti ni.. aku tahu semua pasti happy.. sebenarnya banyak lagi gambar dorang.. tapi share gambar ni pun dah cukup kot.. heee


p/s : sem 5 kita buat aktiviti lagi.. insyallah

Monday, June 13, 2011

dallas mavericks kali pertama Juara NBA 2011


hey.. selamat pagi semua.. sebelum nak pergi kedai mamak.. nak beli roti canai sebagai sarapan pagi aku.. aku nak kongsi sikitla pasal game NBA pagi tadi.. team Mavs telah membenamkan Heat pada game yang ke enam.. dengan mata 105 - 95 (4-2).

Jason Terry menyumbangkan 27 point dan Nowitzki menambahkan 21 point. Mavs telah memenangi empat dari lima game terakhir. Game yang hebat lagi sengit team Mavs membara pada Q1 (32-27). Pada Q2 pula team Heat telah leading (24-21). Team Mavs mungkin tercabar lalu mengejar pasukan Heat pada Q3 dengan (53-51). Team Mavs leading sehingga Q3 dan Q4.

Pemain tinggi lampai, kurus kering dan berambut panjang perang (dirk nowitzki).. Dengan semangat bertalu - talu memyumbangkan 3 point kepada pasukannya. akhirnya team beliau Mavs menyudahkan perlawanan dengan 105-95. (pembalasan setimpal kekalahan Mavs pada 2006).






p/s : makan roti canai dengan gembira.. heeeeeee!!!!

Friday, June 10, 2011

fared teringat mereka semua

Hye. selamat pagi semua. lepas saje maen game fifa straight bukak laptop.. tengok movie "I am number four" cerita action yang menarik tak membosankan.. lepas tengok movie tu.. tetiba macam mane tah boleh teringat pulak gambar bersama member-member kelas masa rumah zahira ada buat open house. masa tu dapat jamu makan mee sup. menangis makan mee sup bila letak sambal kicap tu.. pedas ya amat. pape pun tetap sedap masakan emak die tu. yummy!!!!!! :)

so aku pun geledah la folder kat dalam laptop aku nie cari gambar rumah terbuka zahira. akhirnya jumpa jugak folder tu.. heheheheh :) sebenarnya ada lagi gambar dengan mereka-mereka semua tapi aku letak gambar nie sebab boleh la buat hilang rindu dekat dorang semua.. heeeeeeehh




p/s : kami semua nak mee sup masa akan datang... hehehehehhe